Thursday, September 17, 2009

Salam...hari raya bakal menjelang namun aku merasakan suasana tahun ini hambar tanpa abah di sisi yg telah pergi untuk selama-lamanya pada hari khamis 10/09/2009 bersamaan 20 ramadan jam 12.50tgh. Masih terbayang di ruang mataku abah mengayakkan baju barunya yg aku tempah khas untuknya tahun ini. Baju kurung Johor teluk belanga warna purple siap samping warna yg sama & songkok emas. sungguh gembira dia di depan cermin. ternampak2 aiman mangacau2 atoknye mencuba baju raya itu. Seronok betul dia krn puasa tahun ini aku balik setiap minggu berbuka bersama-samanya. 2 helai kain pelikat yg aku belikan pun sempat dipakainya 1 minggu sebelum dia pergi. Aku rasa semangat aku hilang bila abah pergi sekelip mata. Terasa tiada tempat untuk di tuju jika aku memerlukan pertolongan. Kerana selama ini abahlah tempat rujukanku. Namun aku akhirnya tersedar bukankah abah telah bekalkan ku dengan ilmu & ketabahan hati supaya berani dgn cabaran hidup. Detik itu aku terasa bagai bangkit semula dari kesedihan. Terima kasih juga atas sokongan sahabat - sahabatku di Tadika Nadi Permata...Puan Nadia, Tcr Ekin, Tcr Ayu, Tcr Fiza, Tcr Farah & Lis yg masih dlm pantang. Paling utama sokongan yg berterusan dari suami tercinta Hazir Masud. Aku berazam akan menjaga emak dengan bersungguh2....walau hanya dengan panggilan telefon...

No comments:

Post a Comment